Members

Wednesday, January 1, 2014

"Sakit Perut" "Salah Faham" "Wasangka"

Pagi tahun baru ini penuh bermakna untuk aku.. Aku diganggu dengan kesakitan perut yang boleh tahan sakitnya.. Entah ape tah aku makan malam tadi.. mungkin aku ade bedal bihun hailam sepinggan dibawa oleh housemate aku kot.. tapi mase aku nak makan tuh memang dah ade hidu2 bau yang dah nak basi.. tapi aku just kuatkan hati yang tuh mungkin bau bihun macam tuh kot.. ARGHHH.. dah sebab aku dah lame tak makan bihun hailam punye pasal lantaklah aku nak sumbat gak dalam mulut aku. Mase aku kunyah sedap jer bihun tuh.. so prasangka aku terkubur trus la pastu.. 

(ok sambung balek main story) 
Aku terpaksa berposisi seperti sejuk menggigil cuma versi sakit perut.. aku cube pergi tandas untuk melabur ape yang patut tapi ciput jer hasil.. tapi sakit still menggila.. aku hilang mood then aku baring dan kalau boleh nak tidur je balek.. kemudian tiba2 orang tersayang aku call ajak brekpes.. disebabkan aku tiada mood yang "semangat" cuma yang ada mood "sakit" so aku beri alasan yang aku sakit perut la nak memerut la.. kemudian si dia pon pergi la brekpes ngan bestfriend die.. disebabkan die ada bestfriend kot yang membuatkan aku tak risau pape if aku bagi alasan. Kemudian aku sambung gi tandas semula untuk melabur.. kali ni dah mula kuar basah2 plak hasil aku.. adehh.. pastu sambung baring dan melayan perut aku nih semula. 

Sedang asyik bermimpi aku dikejutkan semula dengan panggilan handphone dari orang tersayang. Aku dengan mood yang tak bersemangat ni secara tak semena2nya terus jawab dan bagi alasan moto takde. aku teringat mase aku tido tadi ade orang pinjam moto aku then aku tak pandang angguk jer. dengar pon halus2 jer. pastu otak aku mase tuh lagi tak boleh bla nya boleh ingat yang orang tersayang aku tuh kat umah die suruh aku datang amek brekpes aku kat umah dia.. sebab sebelum ni aku pernah suruh dia balek terus then baru aku datang amek brekpes kat rumah die. so otak aku tgh pikir macam tuh jugak untuk pagi ini then terus la jawab nanti datang.. sekarang tengah tade moto. pastu dia plak jawab dia ade dekat depan rumah aku. tapi aku plak dengan mood takde "semangat", suar pon berboxer jer.. baju tak bersarung. berselubung ngan comforter jer.. sakit perut tak payah cita la.. terus suruh dia balek je dulu.. nanti aku datang.. takpon aku suruh housemate aku amekkan. then dia berkeras nak tunggu sebab dia dah mula wasangka something sebab aku tanak jumpa. pastu tiba2 plak niat lepaskan hajat datang balek mase tengah on call dan aku terus cakap nak memerut. lepas offcall aku pon lajulah masuk bilik hajat dan xjadi nak suruh housemate aku amekkan brekpes aku sbb orang tersayang tuh berkeras nak tunggu jugak. 

SAYA NAK JUMPA AWAK TAPI BETUL2 KALI NI SAYA XDE KEMAMPUAN NAK JUMPA SEBAB SAYA RASE TAK SEDAP BADAN DAN TERUS JADI MALAS NAK GERAK. SAYA MINTAK MAAF SANGAT2.. BUKAN TAKNAK JUMPA TAPI TAK LARAT NAK GERAK. 

Then aku pon melepaskan hajat untuk kali ke3. kali ni lebih banyak hasil dari yang sebelum ini dan agak melegakan dari sebelum ini. selesai berhajat, aku keluar dari bilik hajat then meluru ke katil untuk sambung layan sakit nieh. nampak je katil tiba2 ada sebungkus makanan atas tilam aku. Aku pon terus la bukak bungkusan tuh dan terdapat roti kosong dan roti telur disitu. Aku pon terus teruja akan roti telur feveret aku tuh dan berdesup whatsapp orang tersayang aku tuh. tapi pending jer. x delivered pon. so aku call die tapi line die takde. so ape yang dia cakap pasal off fon masih belum on lagi waktu tu. aku pon terus whatsapp bestfriend dia. tapi tade respon balas. aku call bestie die tuh tapi tak angkat. pastu aku bukak skype dan nampak org tersayang aku online.. lantas, aku terus berbual dengan dia di skype. tapi. respond yang dia beri kat aku sangatlah below "so-so". dan aku faham kenapa dia jadi camtuh. aku tak boleh nak salahkan dia sebab aku jugak punca dia jadi macam tuh. ye la aku pon sengal dulu aku pena cakap aku akan sentiasa nak interact ngan dia even relationship kitaorang tegang macam mane pon. pastu tiba2 pagi ni aku plak gaya taknak jumpa dia.. mana tak dia berprasangka negative kat aku. tapi tuhla. aku nak jadi yang terbaik untuk dia tapi kali ini aku telah mengecewakan dia secara tak langsung aku belum cukup terbaik untuk dia.

Aku sedar aku belum cukup sempurna untuk dia. Aku akan cuba berusaha gigih untuk memuaskan hati dia sehingga ke akhir hayat. Insya' ALLAH sekiranya aku ade jodoh dengannya. Yang penting aku usaha yang terbaik. Aku berharap sangat orang tersayang aku tuh boleh faham akan keadaan aku untuk kali ini. Aku rasa ni la kali pertama aku buat dia terus bersyak wasangka camni sebab alasan2 aku yang membuatkan dia rasa tak munasabah tapi ape pon mungkin aku tak reti nak explain alasan aku untuk puaskan hati dia tapi atleast aku cuba sedaya upaya untuk terangkan kat dia. yang penting aku usaha yang terbaik untuk dia dan bukan nya berdiam diri untuk kepentingan aku. Aku dah nekad bahawa relationship ini adalah kepentingan kita bersama. Next time aku akan cuba takkan selfish camni lagi dah. kesian kat dia yang tertanya2 was2 akan alasan aku macam nak mengelat dari jumpa dia. Aku berharap sangat dia akan dapat memahami masalah aku pagi ni dan terima aku seadaanya dan memaafkan aku sebaik2 manusia yang digelar insan.

P/S: thanks awak sebab kuatkan jugak semangat awak untuk teman saya makan nasi goreng tadi. so far perut saya lebih lega dari sebelum tuh. ALHAMDULILLAH~

No comments:

Post a Comment